RSS Feed

PETUA AWET MUDA

Posted by wafi_islam

PETUA AWET MUDA

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.

Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.

Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.

Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.

Minumlah setelah setengah jam selepas makan.

Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.

Sentiasa tenang dan bersikap positif.

Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

Maafkan semua orang sebelum tidur.

HANTARAN AL-QURAN

Posted by wafi_islam

Dalam kehidupan ada yg seronok melakukn sesuatu..tnpa memikirkn sesuatu yg lain..jd..fikir2kanlah untuk melakukn sesuatu perkara...

Kepade mereka2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

*****SOLAT DIAKHIR WAKTU*****

Posted by wafi_islam

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea ..Jika berpuasa,Amalan kita direct terus padaNya..Tapi Jika bersembahyang..Ada posmen pula Untuk hantar amalan kita padaNya...
Kisahnya ?..Setiap kita ada malaikat...Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi..Untuk sampaikan amalan kita,Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit..Dimana setiap penjaga tol,Kroni malaikat juga..
Jika sembahyang di awal waktu Tolnya "free"..Sekatan tol tiada..Tiada "jem"..Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan..
Tapi..Jika sembahyang di akhir waktu,Tol free juga..Tapi sekatannya...MasyaAllah?..

Di langit pertama..Penjaga tol marahkan posmen kita..Kenapa lewat poskan amalan kita..Merayu-rayu posmen malaikat kit.. Minta diberi laluan...Tetapi? penjaga langit pertama..Tidak heran...Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi...Maka..Jatuh berderai?Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita..Satu persatu dikutip...Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua..

Dilangit kedua..Samalah juga..Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan..Merayu lagi kawan kita...Tak dipedulinya,Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi..Jatuh berderai lagi..Dikutip satu persatu amalan kita...Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan di langit ketiga...

Dilangit ketiga,Laaa?...Kena basuh lagi malaikat posmen kita...Kenapa lewat hantar amalan tersebut...Tiada kompromi...Terus dibaling amalan kita...Jatuh berderai amalan kita...Tak ade nilai?.Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi...

Maka..Tak sampailah amalan kita kepada Allah..Seolah-olah kita tak sembahyang juga...

Maka?Bersedialah kita menerima pembalasannya...Tak di dunia di akhirat pula..Hilang duit, Hati risau,Ujian bertimpa-timpa..Ish?.Tak berbaloikan kita buat amal..Tapi tak sampai...Dahlah tu,Tak de nilai...Kena azab lagi nanti..

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu..Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan..Biarlah kami gawat di dunia..Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak...Amin..

Posted by wafi_islam

35 Petua Pelajar Cemerlang

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

boystudy

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Berita Harian Online | Lukis nabi cetus perang di Facebook

Posted by wafi_islam

Berita Harian Online | Lukis nabi cetus perang di Facebook

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika


SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.

Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.
Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.

Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan.

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.

Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP

untuk peringatan bersama

Posted by wafi_islam

kata-kata buat renungan bersama...

Posted by wafi_islam

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.

Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.

Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

Posted by wafi_islam


BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..

ALHAMDULILLAH ARI NI DAPAT GAK AKU MENULIS XTHU NK TULIS PER..SO KT CNI AKU BG LA KAT KORNG SEME RESEPI MEMASAK...HEHEH..MMG AKU XTHU NK BG PER.TP KIRA OKLA YG PNTING ADA GK BENDA YG NK TULISNYA.HEHHEHHAHAHAH...SO..JOM KITA SAMA2 WAT MASAKAN NIE...ERM..PASTI BESTNYA....

SPICY SAMBAL CHICKEN LUXURY..

ayam



BAHAN-BAHAN

5 ketul ayam

5 tbs cili kisar

5 tbs sos tomato

1 btg serai

1 biji bawang besar

2 biji bawang putih

sedikit kayu manis,

buah pelaga,

bunga cengkih &

bunga lawang


CARA-CARA

1.Goreng ayam yg telah dilumur serbuk kunyit dan garam.Ketepikan.

2.Panaskan kuali dan tumis semua rempah.masukkan bawang2,halia dan cili giling.Kacau sehingga cili garing.

3.Masukkan sos tomato dan serai.Kacau dan masukkan sedikit air jika terlalu pekat.

4.Masukkan ayam dan biarkan sehingga menggelegak sebelum dihidang.

Cadangan hidangan : sesuai dimasak ketika kenduri kendara
MARI MENCUBA..

114 surah=114 unsur [manusia sebaik2 ciptaan]

Posted by wafi_islam


Perkongsian dari peserta yg menghadiri program Sains & Quran
(tak tau dimana/penganjur)
Ustazah, kenapa orang selalu pilih-pilih surah untuk dibaca dan dijadikan amalan. Kenapa mereka tidak membaca dan mengamalkan keseluruhan alQuran? Sedangkan Allah suruh kita beriman dengan keseluruhan alQuran.Ana peliklah, Ustazah..”
Sudah hampir dua tahun soalan itu diaju, namun, ia masih terngiang-ngiang di telinga. Entah mengapa, jawapan yang diberikan masih tidak memuaskan hati ini. Barangkali, bukti yang lebih kukuh akan membuatkan ana lebih berpuas. Dan semalam, ana pergi ke Program RK-i. Sepanjang program tersebut, ana tertarik dengan satu topik yang dibincangkan bersama penceramah.
” Allah mengatakan manusia adalah sebaik-baik ciptaan (AQ; atTin : 4 ). Mengapa Allah berfirman begitu?Baiklah, manusia terdiri daripada sel, kemudian membentuk tisu, kemudian organ dan akhirnya tubuh. Sel-sel terbentuk daripada atom (unsur-unsur) . Semasa di sekolah dahulu,bagi mereka yang mengambil subjek kimia, kita ada belajar Jadual Berkala Unsur. (PERIODIC TABLE) -Ada berapa unsur dalam alam ini? ”

” 114.. ” jawab beberapa peserta.

” Ya, 114 unsur. Kesemua unsur ini ada dalam tubuh manusia. Kalsium? Ada pada tulang. Phosporus, Nitrogen, Besi, Kumprum, Zink , Nitrogen? Semuanya ada dalam tubuh manusia. Sebab itu, Allah mengatakan bahawa adalah sebaik-baik ciptaan. Sebab semua yang ada dalam alam ini, ada pada tubuh manusia. ”
” Tetapi, doktor, bagaimana pula dengan teori Darwin? Dia mengatakan manusia berasal daripada monyet? ” seorang peserta mencelah.
” Ha! Manusia ada 114 unsur. Monyet hanya ada 67 unsur dalam badan. Kalau Darwin kata kita dari monyet, dari mana datangnya lagi 47 unsur tu? Ada scientist kata, manusia serupa seperti tikus. Tetapi, tikus hanya ada 17 unsur. Malaikat dan syaitan, masing-masing 1 unsur. Malaikat terdiri daripada unsur cahaya dan syaitan terdiri daripada unsur api. Jadi, manusia ini, memang sebaik-baik ciptaan, sebab Allah menjadikan kita paling banyak unsur dan kesemua unsur itu ada ada alam dan tubuh kita. ”
” Apa gunanya kesemua 114 unsur itu, doktor? ” perserta lain pula mencelah.
” Bayangkan, jika 1 unsur (atom) dalam tubuh kita tiada, sel tidak akan dapat membentuk tisu dan juga organ. Bila organ tiada, bagaimana kita dapat menjalani hidup ini sebaiknya? Firman Allah dalam ayat seterusnya, ayat 5 dan 6 ;
Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus( 6).
Maka, bagaimana kita mahu menggunakan kesemua unsur ini dengan sebaiknya? Kerana unsur ini akan gugur jika disalahgunakan dan tidak dijaga. Jadi, sekarang, semua sudah maklum bahawa tubuh manusia mengandungi 114 unsur. Bilangan unsur ini sama dengan bilangan surah dalam alQuran. Setuju? ”
” Ya, 114 surah! ”
” Maka, untuk memelihara kesemua unsur ini, kita perlu membaca keseluruhan alQuran. Kerana setiap surah dalam alQuran mempunyai kelebihan untuk mengekalkan unsur ini dalam tubuh kita. Misalnya, ayat Kursi berkait tentang unsur oksigen. Surah Yaa Sin berkait dengan unsur nitrogen dan sebagainya. Maka, kita tidak boleh mengatakan bahawa surah sekian-sekian begini, bagus diamalkan. Kita perlu ingat, alQuran adalah kalam Allah dan semua yang terkandung dalamnya bagus. Jadi, untuk mengekalkan unsur dan tubuh kita ini, kita perlu mengajisetiap hari. Bacalah keseluruhan alQuran, untuk mengekalkan unsur dalam tubuh kita. Dan secara automatik, kita akan menjadi manusia yang hebat! ”
Subhanallah. . Terasa puas hati ini apabila mendengar penerangan tersebut. Ternyata, Allah menyuruh kita beriman dengan keseluruhan alQuran kerana bilangan unsur dalam tubuh kita dan surah dalam alQuran sama! Sungguh, Allah itu alKhaliq! Allahuakbar! Renung-renungkanlah , dah berapa kali kita khatam Al-Quran dalam hidup ini. Dah berapa tahun kita hidup? 14?15?16?17? tapi baru berapa kali je kita khatam? Hish… kata nak masuk syurga~
wallahua’lam.

dipetik dari:murnihati karyawan..

sejarah yg terkumpul

Posted by wafi_islam



BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM..
Alhamdulillah....dan akhirnya dapt juga ku menulis dan sambung semula di dalm blogku yang x seberapa nie...walau macam mana pun...ku tetap akn menulis pe yang telah ku lalui selama ku xbergiat dalam dan xmencoret apa2 dalam blogku ini...
Pertamanya ku nk cerita tentang ku g sinai.alhamdulillah dalam perjalanan ku ke sinai byk yg telh aku lalui dan begitu byk info2 dan mklumt bersejarah yg aku tlh kutip untuk santapan ku,sahabat2,keluarga dan saudara umt islam..
Alhamdulillah ku ke sana selama 3hri 2mlm..aku bertolak ke sana pada pg 22 iaitu pada jam 2pg..rombongan kami sebyk 3 buah bas..dan yg menarik ketika dlam perjaln kami telah melalui dan melintasi TEROWONG AHMAD HAMDI
TEROWONG AHMAD HAMDI: Terowong ini menghubungkan tanah besar Mesir sebelah barat dgn Semenanjung Sinai sebelah timur..terowong yg dibina dibawah Terusan Suez menggunakan teknologi Perancis dan Jepun.Terusan Suez buatan manusia yg terbesar sepnjng 163 kilometer dan selebar 300 meter dan merupakan laluan yg amat pnting untuk kapal-kapal besar dari Eropah menuju ke Asia..Diceritakn disini sebuah kapal yg melalui Terusan ini dikenakan cukai bernilai beribu-ribu dolar US.Terowong buatan manusia ini digali oleh sebuah syarikat Perancis pada 1859M,semasa pemerintahan Said Basya dgn mnggunakan tenaga golongan petani Mesir seramai 60000 orng dgn pendapatn 2qirsh(2 sen) sehari..terowong ini siap dibuka dgn rasminya 10thun kemudian pada 17 November 1869..
Tempat pertama yg kami lawati adalah Kubu Tentera Israel :seperti gambar dibawah...


Kubu Tentera Israel::: "Pada tahun 1971 Israel memperuntukkan 500 US dolar bagi mmbina kubu dan kerja tangan raksasa yg dinamakn Garis Bar Lev yg didakwa kerana mmpunyai kekebalan dan teknologi peralatan yg cnggih ..Namun Tentera Islam berjaya menyerang kubu itu dgn menggunakan air..Iaitu Ilham dri mimpi Syeikh Al-Azhar dan sekali gus mengalahkan Israel..Antara peristiwa yg menarik dlm peperangan itu adalah peranan seorng sarjana Islam sbgai imam masjid Bandar Suez almarhum Syeikh Hafiz Salamah yg mengambil alih pimpinan operasi peperangan....

Kemudian kami ke Uyun Nabi Musa (mata air nabi musa):


Uyun Nabi Musa ia dikatakan 12 mata air yg dipukul oleh Nabi Musa A.S dgn tongktnya..Setiap satu dari air mata air tersebut menunjukkn bgi setiap kaumnya.. " ingtlah ketika nabi musa memnta air untuk kaumnya lalu KAMI berkata: pukullah batu itu dgn tongktmu lalu terpncarlah 12 mata air drpdnya..Sesungguhnya setiap orng mngetahui tempt minum masing2 dan minum lah dri rezeki ALLAH dan jgn lak kamu berbuat kerosakn di muka bumi sbgai orng jahat"(surah al-baqarah ayt 60)dan sehingga hari ini hnya tinggal 2 mata air sahaja yg tinggal mnkla yg lain tlh tertimbus oleh pasir.Manakala pokok itu pula jika diperhatikn dgn betul2 adalah berbntuk kalimah ALLAH..

Disini ku berharap agar sahabat2 yg telah membaca cerita ini semoga mengambil dan menyimpan sebagai satu ilmu walaupun ia tak seberapa..kerana ku bukn lah seorng penulis atau pncerita yg baik..
tanpa membuang masa disini ku akan menmbahkn lg cerita..selepas kami melawat Uyun Nabi Musa kami ke Uyun Nabi Ayub.byk sejarah2 nabi yg telah ku perolehi dan akan ku sambng sejarah tntang Uyun Nabi Ayub:
Uyun Nabi Ayub:::



Uyun Nabi Ayub dimna telaga ini dikatakn telah digunakn oleh Nabi Ayub untuk menyembuhkn penyakitnya..Air didalm telaga ini agak suam dan berbau belerang ..dan disini telah kita nmpk kekuasaan ALLAH apabila wujud sebuah telaga ditengah2 padng pasir ..dan airnya tidak pernah surut walaupun musim panas..subhanallah
Nabi Ayub adalah seorng nabi yg sabar dlm menyebarkn Dinul Islam..Setelah Nabi Ayub mnderita penyakit kronik dlm jngka waktu yg cukup lama..dan ketika itu sahabat dan ahli keluarganya telah melupakannya..maka dia menyeru kpada allah "ya tuhan ku sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau yg maha penyayng " firman ALLAH kepada: pukullah kebumi dgn kaki engkau lalu terbit mata air inilah air mndi yg sejuk dan minumlah lalu sembuhlah penyakit mu itu..

Semoga kita mendapat sedikit sejarah dan pengetahuan droda kisah yg ku citer ni..semoga allah memmberi keberkatan kpda kita..dan memberi rahmat yg besar..amin ya allah...semoga terhibur..

ikrar diri

Posted by wafi_islam


Dalam hidup seseorang kadang-kadang memerlukan ikrar diri atau ucapan atau kata-kata semangat dari diri sendiri sebagai pedoman dalam memperbetulkan tanggapan hidup kita ke arah yang lebih positif. Sama ada dalam kesusahan mahupun dalam kegembiraan..

Bisik kan ke jiwa kita rangkaian ikrar berikut dengan kusyuk dan yakin setiap hari sebelum menjalani rutin-rutin harian kita(waktu pagi) dan selepas menjalani rutin-rutin harian kita (waktu malam)…jika diamalkannya secara rutin maka disini kita akan lihat sendiri dalam diri kita akan terpancarlah cahaya keinsafan,ketenangan,kebahagian dan keyakinan …INSYAALLAH jika diizinkan ALLAH..

IKRAR DIRI UNTUK HIDUP YANG POSITIF

YA ALLAH YA TUHANKU

AKU TAHU KETENANGAN, KEBAHAGIAAN, DAN KEYAKINAN SEDANG MENGHAMPIRIKU

AKU SEDAR SETIAP MUSIBAH YANG MENIMPA DIRIKU ADALAH UJIAN-MU KEATAS KEIMANAN DAN KETAATAN KU KEPADA-MU

KINI AKU MENGERTI BAHAWA DISEBALIK SETIAP KEPAHITAN YANG TELAH, SEDANG, DAN YANG AKAN KU LALUI,

ADA KEMANISAN YANG ENGKAU JANJIKAN UNTUK KU DIPENGHUJUNGNYA

AKU TERIMA SETIAP KETETAPAN-MU KEATAS KU KERANA AKU YAKIN BAHAWA SETIAP KETETAPAN YANG ENGKAU DATANGKAN KE ATASKU ADALAH YANG TERBAIK UNTUKKU MENGIKUT ILMU-MU

AKU KINI SEDAR BAHAWA MUSIBAH YANG MELANDA HIDUPKU ADALAH PETANDA SAYANG-MU KEPADAKU

KINI AKU TIDAK LAGI BERTUHANKAN DUNIA, SEBALIKNYA AKU BERTUHANKAN ENGKAU YA ALLAH

KINI AKU TIDAK LAGI MELETAKKAN KEBAHAGIAAN KEPADA KEBENDAAN

AKU TIDAK LAGI TAKUT KEPADA SESUATU ATAU SESEORANG KERANA AKU TAHU TIADA LAGI KETAKUTAN BAGIKU YANG MENTAATI-MU

CUKUP ENGKAU TEMPATKU BERGANTUNG

DAN AKU TIDAK AKAN SEKALI-KALI BERGANTUNG KEPADA YANG SELAIN DARIPADA-MU

AKU SEKARANG MELIHAT ENGKAU DALAM SETIAP HAL KEHIDUPANKU

AKU KINI TENTERAM WALAUPUN DUNIA DISEKELILINGKU KIAN BERGELORA

AKU SUDAH PUN MEMULAKAN LEMBARAN BARU DALAM HIDUPKU

AKU TAHU ENGKAU TUHAN YANG MAHA MEMBERI, MAHA PENYAYANG DAN MAHA MENOLONG

AKU REDHO DAN BERSYUKUR DIATAS SEGALA NIKMAT DAN RAHMAT-MU KE ATASKU

AKU SEKARANG RAJIN BERUSAHA DAN SENTIASA MENGINGATI-MU

AKU TIDAK LAGI BERBURUK SANGKA TERHADAP ENGKAU DAN DIRIKU

AKU KINI KHUSYUK MENGISI JIWA DENGAN MENDEKATI-MU

AKU AMAT SUKA BERSOLAT, BERDOA DAN BERZIKIR KEPADA-MU

AKU AMAT TENANG, AMAN DAN BAHAGIA DISISI-MU YA ALLAH

AKU TIDAK LAGI BERPUTUS ASA

AKU BERSABAR DALAM MENUNGGU BANTUAN-MU

AKU BERTERIMA KASIH KEPADA-MU KERANA TELAH MEMBERI PETUNJUK KEPADAKU…. AMIN YA ALLAH

Dato Fadzilah Kamsah

Posted by wafi_islam

Dato Fadzilah Kamsah

Posted by wafi_islam

ASSALAMUALAIKUM....
Disini aku nk ucapkkn salam imtihan buat kawan2 dan semua yang bakal dan yang telah pun berimtihan.semoga semua sabar dan tabah dalam mengharungi imtihan dan ujian dari-NYA.Amin

Posted by wafi_islam

SAMBUNGAN NASIHAT DAN FORMULA BELAJAR DI MESIR:
SELAMAT MEMBACA SEMUA.....

Salin semua tajuk besar dalam buku nota sebanyak 3 kali.pastikan anda sudah tahu semua isi kandungan kitab secepat mungkin.
• Sediakan bagi setiap tajuk satu buku nota yg besar.
• Buat nota kasar dengan denagn tulisan yang besar.
• Jangan tunggu muhadhorah @ keluar muqarrar untuk buat nota..
• Pastikan anda membawa ke mana sahaja kitab kuliah dan membacanya walaupun disindir oleh orang lain.
• Lazimkan membaca kitab di masjid selepas setiap kali solat jemaah. Elakkan membaca sambil baring didalam bilik.
• Adakan study group dengan kawan-kawan setiap hari @ 3 kali seminggu.
• Pastikan anda mempunyai rancangan menghabiskan bacaan kitab kuliah setiap minggu diperingkat permulaan
• Pastikan anda sentiasa bersama dengan nota dan sentiasa menulis hafalan berkali-kali.
• Pastikan anda berjaya habiskan kitab sebanyak 10 kali.
• Banyakkn berdoa kepada ALLAH dan lakukan solat hajat setiap hari.
• Kuatkan keazaman dan semangat setiap hari dengan mengingati segala tanggungjawab terhadap ALLAH dan pesanan ibubapa,keluarga,serta guru-guru.
• Jangan mudah mengalah dengan apa jua cabaran yang melanda.