RSS Feed

ikrar diri

Posted by wafi_islam


Dalam hidup seseorang kadang-kadang memerlukan ikrar diri atau ucapan atau kata-kata semangat dari diri sendiri sebagai pedoman dalam memperbetulkan tanggapan hidup kita ke arah yang lebih positif. Sama ada dalam kesusahan mahupun dalam kegembiraan..

Bisik kan ke jiwa kita rangkaian ikrar berikut dengan kusyuk dan yakin setiap hari sebelum menjalani rutin-rutin harian kita(waktu pagi) dan selepas menjalani rutin-rutin harian kita (waktu malam)…jika diamalkannya secara rutin maka disini kita akan lihat sendiri dalam diri kita akan terpancarlah cahaya keinsafan,ketenangan,kebahagian dan keyakinan …INSYAALLAH jika diizinkan ALLAH..

IKRAR DIRI UNTUK HIDUP YANG POSITIF

YA ALLAH YA TUHANKU

AKU TAHU KETENANGAN, KEBAHAGIAAN, DAN KEYAKINAN SEDANG MENGHAMPIRIKU

AKU SEDAR SETIAP MUSIBAH YANG MENIMPA DIRIKU ADALAH UJIAN-MU KEATAS KEIMANAN DAN KETAATAN KU KEPADA-MU

KINI AKU MENGERTI BAHAWA DISEBALIK SETIAP KEPAHITAN YANG TELAH, SEDANG, DAN YANG AKAN KU LALUI,

ADA KEMANISAN YANG ENGKAU JANJIKAN UNTUK KU DIPENGHUJUNGNYA

AKU TERIMA SETIAP KETETAPAN-MU KEATAS KU KERANA AKU YAKIN BAHAWA SETIAP KETETAPAN YANG ENGKAU DATANGKAN KE ATASKU ADALAH YANG TERBAIK UNTUKKU MENGIKUT ILMU-MU

AKU KINI SEDAR BAHAWA MUSIBAH YANG MELANDA HIDUPKU ADALAH PETANDA SAYANG-MU KEPADAKU

KINI AKU TIDAK LAGI BERTUHANKAN DUNIA, SEBALIKNYA AKU BERTUHANKAN ENGKAU YA ALLAH

KINI AKU TIDAK LAGI MELETAKKAN KEBAHAGIAAN KEPADA KEBENDAAN

AKU TIDAK LAGI TAKUT KEPADA SESUATU ATAU SESEORANG KERANA AKU TAHU TIADA LAGI KETAKUTAN BAGIKU YANG MENTAATI-MU

CUKUP ENGKAU TEMPATKU BERGANTUNG

DAN AKU TIDAK AKAN SEKALI-KALI BERGANTUNG KEPADA YANG SELAIN DARIPADA-MU

AKU SEKARANG MELIHAT ENGKAU DALAM SETIAP HAL KEHIDUPANKU

AKU KINI TENTERAM WALAUPUN DUNIA DISEKELILINGKU KIAN BERGELORA

AKU SUDAH PUN MEMULAKAN LEMBARAN BARU DALAM HIDUPKU

AKU TAHU ENGKAU TUHAN YANG MAHA MEMBERI, MAHA PENYAYANG DAN MAHA MENOLONG

AKU REDHO DAN BERSYUKUR DIATAS SEGALA NIKMAT DAN RAHMAT-MU KE ATASKU

AKU SEKARANG RAJIN BERUSAHA DAN SENTIASA MENGINGATI-MU

AKU TIDAK LAGI BERBURUK SANGKA TERHADAP ENGKAU DAN DIRIKU

AKU KINI KHUSYUK MENGISI JIWA DENGAN MENDEKATI-MU

AKU AMAT SUKA BERSOLAT, BERDOA DAN BERZIKIR KEPADA-MU

AKU AMAT TENANG, AMAN DAN BAHAGIA DISISI-MU YA ALLAH

AKU TIDAK LAGI BERPUTUS ASA

AKU BERSABAR DALAM MENUNGGU BANTUAN-MU

AKU BERTERIMA KASIH KEPADA-MU KERANA TELAH MEMBERI PETUNJUK KEPADAKU…. AMIN YA ALLAH

Dato Fadzilah Kamsah

Posted by wafi_islam

Dato Fadzilah Kamsah

Posted by wafi_islam

ASSALAMUALAIKUM....
Disini aku nk ucapkkn salam imtihan buat kawan2 dan semua yang bakal dan yang telah pun berimtihan.semoga semua sabar dan tabah dalam mengharungi imtihan dan ujian dari-NYA.Amin

Posted by wafi_islam

SAMBUNGAN NASIHAT DAN FORMULA BELAJAR DI MESIR:
SELAMAT MEMBACA SEMUA.....

Salin semua tajuk besar dalam buku nota sebanyak 3 kali.pastikan anda sudah tahu semua isi kandungan kitab secepat mungkin.
• Sediakan bagi setiap tajuk satu buku nota yg besar.
• Buat nota kasar dengan denagn tulisan yang besar.
• Jangan tunggu muhadhorah @ keluar muqarrar untuk buat nota..
• Pastikan anda membawa ke mana sahaja kitab kuliah dan membacanya walaupun disindir oleh orang lain.
• Lazimkan membaca kitab di masjid selepas setiap kali solat jemaah. Elakkan membaca sambil baring didalam bilik.
• Adakan study group dengan kawan-kawan setiap hari @ 3 kali seminggu.
• Pastikan anda mempunyai rancangan menghabiskan bacaan kitab kuliah setiap minggu diperingkat permulaan
• Pastikan anda sentiasa bersama dengan nota dan sentiasa menulis hafalan berkali-kali.
• Pastikan anda berjaya habiskan kitab sebanyak 10 kali.
• Banyakkn berdoa kepada ALLAH dan lakukan solat hajat setiap hari.
• Kuatkan keazaman dan semangat setiap hari dengan mengingati segala tanggungjawab terhadap ALLAH dan pesanan ibubapa,keluarga,serta guru-guru.
• Jangan mudah mengalah dengan apa jua cabaran yang melanda.